Sunday 22 April 2012

SYUKUR

Assalamualaikum..


Alhamdulillah, hari ini diberi kesempatan sekali lagi untuk menghirup udara segar dan menjalani kehidupan seperti hari-hari biasa..


hari ini juga, kandunganku menjangkau minggu yang ke 17..


Ya Allah, kau berikan peluang untuk zuriatku hidup sihat dan sempurna di dalam kandungan ini.


Amin..ya rabbal a'lamin ..




Monday 16 April 2012

Halwa Telinga


Sama-sama kita hari ini untuk mendengar lagu ini 

sebagai halwa telinga dan lirik-lirik akan diabadikan dalam hidup kita

Lagu Pedoman – Nora & VOU (Voices of Ummi)


Roda waktu tak pernah menunggu
Pergi terus berlalu
Segala dosa segala belenggu
Sesal menikam jiwa kuhiba, terasa
KebesaranMu… Lantas kutadah, berdoa

Tuhan berikan pedoman
Tunjukkan aku arah jalan yang kau redhai
Tuhan berikan pedoman
Dan bila kumenjauh,
Kembali ke pangkal jalan

Cahaya rahmatMu menyinar bahagia
Syukur hatiku rasa
Bergetar tubuh kusebut namaMu
Yang Maha Esa, Maha Pengasih Penyayang
KurniaanMu lantas kusujud, bersyukur

Tuhan berikan pedoman
Tunjukkan aku arah, jalan yang kau redhai
Tuhan berikan pedoman
Dan bila kumenjauh,
Kembali ke pangkal jalan

Oooooooooooo……

Biar pedoman ini
Berkekalan dihati, selamanya
Pengubat jiwa, penyinar bahagia
Inilah kasih yang kita damba

Tuhan berikan pedoman
Tunjukkan aku arah
Jalan yang kau redhai
Tuhan berikan pedoman
Dan bila kumenjauh,
Kembali ke pangkal jalan

Sunday 15 April 2012

Adab-adab Menuntut Ilmu


Assalamualaikum semua..Kita jumpa lg di Blog yang indah ini.. 

Sekali lagi saya ingin

 menyajikan antara 

::ADAB-ADAB MENUNTUT ILMU::

1. IKHLAS NIAT

2. TEKUN BERUSAHA DAN TAWAKKAL

3. MENJAUHI MAKSIAT

4. MEMILIH TEMAN YANG SOLEH.

5. BANYAKKAN ZIKRULLAH

6. MENJAGA KEHORMATAN

7. DOA DAN KEREDHAAN IBUBAPA

8. MENGHORMATI GURU

9. BERAMAL DENGAN SEGALA ILMU YANG DIPEROLEHI

sesuailah dengan 

"MENUNTUT ILMU WAJIB KE ATAS SETIAP MUSLIM"

"TUNTUTLAH ILMU SAMPAI KE LIANG LAHAD"
Sekian terima kasih..

Sunday 8 April 2012

Segmen Rohani

Assalamualaikum Kawan-kawan,


Saya nak berkongsi satu cerita dan ianya fakta.


Cara paling mudah untuk kita mendapat pahala daripada ALLAH s.w.t


iaitu: SELAWAT






sekali kita berselawat sudah tentu kita mendapat pahala.


tetapi jikalau kita membuat sesuatu kebaikan, belum tentu kita mendapat pahala kerana banyak aspek yang perlu diambil kira antaranya niat kita.Jadi Allah sudah kurnikan benda yang paling mudah untuk kita memdapat pahala iaitu SELAWAT.


Marilah kita memperbanyakkan SELAWAT kerana mudah untuk kita mendapat pahala.


Antara kelebihan berselawat ke atas nabi ialah : 
  • Selawat merupakan bentuk ketaatan kepada perintah Allah swt. Firman Allah: “… Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untnk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadaNya!” (Al-Ahazab:56) – sesiapa yg berselawat kpd Rasulullah s.a.w bererti telah mentaati perintah Allah s.w.t.
  • Mendapat 10 kali selawat dari Allah bagi orang yang berselawat sekali untuk Rasulullah s.a.w. Sabda Rasulullah s.a.w: “Barangsiapa yang berselawat kepadaku sekali, Allah akan memberikan balasan selawat kepadanya sepuluh kali…”
  • Diharapkan dikabulkan doa apabila doa itu didahului dgn selawat. Sabda Rasulullah s.a.w: “Setiap doa itu dihalang hingga diucapkan selawat kpd Rasulullah s.a.w”
  • Mendapat syafaat dari Rasulullah s.a.w jika mengucapkan selawat diiringi dengan permohonan wasilah kpd Rasulullah s.a.w.
  • Selawat merupakan sebab diampuninya dosa-dosa dan diangkatnya darjat. Sabda Rasulullah s.a.w:  ”Barangsiapa yang berselawat kepadaku dengan sekali selawat, nescaya Allah akan berselawat kepadanya (sebanyak) 10 kali dosanya dan diangkat 10 darjatnya.”
  • Selawat merupakan sedekah/zakat. ”Berselawatlah kamu kepadaku, kerana selawat itu menjadi zakat (penghening jiwa pembersih dosa) bagimu.” (Riwayat Ibnu Murdawaih).
  • Sesiapa yg membaca Al-Quran dan melafazkan selawat secara lalai, Allah masih memberi gandaan pahala setinggi bukit dan malaikat masih mendoakan si pembaca.
  • Mendapat keselamatan dari azab neraka, membolehkan memasuki syurga.
  • Memperolehi ucap selamat dari Allah
~Berselawatlah ke atas nabi kerana dengan mudahnya kita dapat memperolehi pahala~

Tak Kenal Maka Tak Cinta






Saya sangat teruja apabila dapat tahu yang semester ini saya dapat belajar cara-cara buat blog. Blog oh blog "kau hadir disaat aku memerlukan dirimu"

Saya dilahirkan di Hospital Universiti, Kuala Lumpur hasil perkongsian hidup ibu bapaku iaitu Abdul Halim bin Husin dan Rape'ah binti Pe'ei dan lahirlah aku pada tanggal 27 Mac 1986. Saya adalah anak bongsu daripada enam adik-beradik. Saya dibesarkan di Petaling Jaya dan memulakan pembelajaran di SK Taman Dato' Harun dan SRA Medan Harun. Seterusnya saya bersekolah di Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah, Shah Alam.

Saya terus bekerja sebagai seorang 'cashier' di Parkson Grand Subang Parade, dan seterusnya saya terus mengajar di SRA Kampong Medan sehinggalah saya mendapat tawaran daripada sektor kerajaan dan sekarang saya bekerja di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Pada 07 Jun 2009 saya telah menamatkan zaman dara dengan seorang guru di SK Tun Abdul Aziz Majid yang bernama Mohd Nadzri bin Abdullah yang ketika itu umur saya 23 tahun dan beliau berumur 33 tahun.




Beliau dinikahkan sendiri oleh ayah saya dan itu adalah saat-saat yang paling menyedihkan kerana tanggungjawab ibubapa kepada anaknya sudah beralih kepada suami saya.
"Emak, Ayah walaupun kham bukan dibawah jagaan emak dan ayah lagi, kham tetap anak emak dan ayah dan tetap mendoakan mak dan ayah sampai bila-bila..


Setelah empat bulan kami hidup bersama kami diberikan oleh Allah Ta'ala tentang khabar yang paling gembira kerana saya telah berbadan dua dan tidak lama lagi kami akan dikurniakan cahaya mata.


 Pada 08 Jun 2010 saya telah melahirkan bayi yang sangat comel yang diberi nama Muhammad Luzman Fayyadh bin Mohd Nadzri.

Sekarang saya meneruskan pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sebagai seorang pelajar Pengurusan Perniagaan di Kuala Lumpur. Saya baru sahaja memasuki semester 2 dan harapan daripada semua agar saya dapat menempuhi liku-liku kehidupan sebagai seorang yang bergelar isteri, ummi, pekerja dan pelajar.

Sekian, terima kasih.