Saya sangat teruja apabila dapat tahu yang semester ini saya dapat belajar cara-cara buat blog. Blog oh blog "kau hadir disaat aku memerlukan dirimu"
Saya dilahirkan di Hospital Universiti, Kuala Lumpur hasil perkongsian hidup ibu bapaku iaitu Abdul Halim bin Husin dan Rape'ah binti Pe'ei dan lahirlah aku pada tanggal 27 Mac 1986. Saya adalah anak bongsu daripada enam adik-beradik. Saya dibesarkan di Petaling Jaya dan memulakan pembelajaran di SK Taman Dato' Harun dan SRA Medan Harun. Seterusnya saya bersekolah di Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah, Shah Alam.
Saya terus bekerja sebagai seorang 'cashier' di Parkson Grand Subang Parade, dan seterusnya saya terus mengajar di SRA Kampong Medan sehinggalah saya mendapat tawaran daripada sektor kerajaan dan sekarang saya bekerja di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.
Pada 07 Jun 2009 saya telah menamatkan zaman dara dengan seorang guru di SK Tun Abdul Aziz Majid yang bernama Mohd Nadzri bin Abdullah yang ketika itu umur saya 23 tahun dan beliau berumur 33 tahun.
Beliau dinikahkan sendiri oleh ayah saya dan itu adalah saat-saat yang paling menyedihkan kerana tanggungjawab ibubapa kepada anaknya sudah beralih kepada suami saya.
"Emak, Ayah walaupun kham bukan dibawah jagaan emak dan ayah lagi, kham tetap anak emak dan ayah dan tetap mendoakan mak dan ayah sampai bila-bila..
Pada 08 Jun 2010 saya telah melahirkan bayi yang sangat comel yang diberi nama Muhammad Luzman Fayyadh bin Mohd Nadzri.
![]() |
Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment