Sunday, 8 April 2012

Segmen Rohani

Assalamualaikum Kawan-kawan,


Saya nak berkongsi satu cerita dan ianya fakta.


Cara paling mudah untuk kita mendapat pahala daripada ALLAH s.w.t


iaitu: SELAWAT






sekali kita berselawat sudah tentu kita mendapat pahala.


tetapi jikalau kita membuat sesuatu kebaikan, belum tentu kita mendapat pahala kerana banyak aspek yang perlu diambil kira antaranya niat kita.Jadi Allah sudah kurnikan benda yang paling mudah untuk kita memdapat pahala iaitu SELAWAT.


Marilah kita memperbanyakkan SELAWAT kerana mudah untuk kita mendapat pahala.


Antara kelebihan berselawat ke atas nabi ialah : 
  • Selawat merupakan bentuk ketaatan kepada perintah Allah swt. Firman Allah: “… Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untnk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadaNya!” (Al-Ahazab:56) – sesiapa yg berselawat kpd Rasulullah s.a.w bererti telah mentaati perintah Allah s.w.t.
  • Mendapat 10 kali selawat dari Allah bagi orang yang berselawat sekali untuk Rasulullah s.a.w. Sabda Rasulullah s.a.w: “Barangsiapa yang berselawat kepadaku sekali, Allah akan memberikan balasan selawat kepadanya sepuluh kali…”
  • Diharapkan dikabulkan doa apabila doa itu didahului dgn selawat. Sabda Rasulullah s.a.w: “Setiap doa itu dihalang hingga diucapkan selawat kpd Rasulullah s.a.w”
  • Mendapat syafaat dari Rasulullah s.a.w jika mengucapkan selawat diiringi dengan permohonan wasilah kpd Rasulullah s.a.w.
  • Selawat merupakan sebab diampuninya dosa-dosa dan diangkatnya darjat. Sabda Rasulullah s.a.w:  ”Barangsiapa yang berselawat kepadaku dengan sekali selawat, nescaya Allah akan berselawat kepadanya (sebanyak) 10 kali dosanya dan diangkat 10 darjatnya.”
  • Selawat merupakan sedekah/zakat. ”Berselawatlah kamu kepadaku, kerana selawat itu menjadi zakat (penghening jiwa pembersih dosa) bagimu.” (Riwayat Ibnu Murdawaih).
  • Sesiapa yg membaca Al-Quran dan melafazkan selawat secara lalai, Allah masih memberi gandaan pahala setinggi bukit dan malaikat masih mendoakan si pembaca.
  • Mendapat keselamatan dari azab neraka, membolehkan memasuki syurga.
  • Memperolehi ucap selamat dari Allah
~Berselawatlah ke atas nabi kerana dengan mudahnya kita dapat memperolehi pahala~

No comments:

Post a Comment